Assalamualaikum,
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan
email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di
sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada
pelajar-pelajar di kolej dan universiti.
Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang
semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini
menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan
satu "KLIK" sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa
yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua
buah Hadis Sahih berikut. Mafhumnya:: Ibnu Mas'ud r.a.
berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang
terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang
pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan
darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk
penumpahan darah."(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Imam Muslim) Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah
kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil
dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya
yang lebih cantik.
Mafhumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka
baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)
pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari
pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat,
maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya,
dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit
pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di
atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada
zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah
berikut.
Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian
di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja
dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet
akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui
email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan
melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat
turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian
berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia
mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email
kawan-kawannya di dalam "emailgroup" tersebut. Sekali
menghantar email, dia akan menghantar kepada
"emailgroup" tersebut.
Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula
email yang diterima daripada rakan yang lain ke
"emailgroup". Di antara kandungan email itu adalah
kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip
bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai
di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi
yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu
kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya
adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack
terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali
kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah
sepakat ulama' bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah,
menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah
haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan
menyebarkannya. Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack
telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar
lucah kepada kawan-kawannya.
Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya
melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan
gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap
kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap
kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang
dosa Zack 1+50 = 51. Setiap kawan-kawan Zack itu pula
menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka
sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi
1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu
menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah
dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi
tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa
selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari
kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada
apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati
dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh
itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat.
Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh
dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang?
Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil
di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal
dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya'Allah dosa
manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa,
zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa
kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan
tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan
perkara yang menyebabkan orang lain berdosa,
bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang
menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak
mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima
dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini.
Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah
sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita
menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan
email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan
seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah
segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati
untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan
kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram,
nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati
di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita
menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh
Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima
pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu'alam
p/s:from,facebook